Jujur aku cakap.. burung twitter tu perasan hot dan dia rasa dialah burung yg paling seksi di abad ini. Angry bird kalau aku terjemahkan ke melayu akan menjadi 'burung marah' oitt.. buruknya nama.
Mak aku cakap.. haih budak-budak skang suka main dengan twisties noh? mak pelik betui.. twisties perisa apa yang depa boleh buat main tu?perisa tomato ka? grrrr..Pungahhhh! Mak itu bukan twisties keropok tu la.. tu laman web sosial mcm facebook yang ayah ketageh main sangat tu ;p
......... Itu mukadimah..............
Binatang dua ekor ni sumpah aku xlayan dan xminat tapi disebabkan faktor persekitaran yang mcm syaitan yang memujuk rayu, jadi si insan lemah seperti aku, mudah terpesong ke awan twitter yang tiada penghujung. dan Alhamdullilah, aku masih xketageh mcm si bonah di selatan, si cepot di timur barat dan si bonget di oversea sana. Nak kata hari-hari mcm umum sangat, nak kata 12 hours/per day xjugak dan aku jamin setiap jam sesuai unt mengambarkan ketagehan diorang ber-twett-twitties! .
Aku bukan apaa.. aku mcm xboleh terima dengan fenomena twitter tiba-tiba je naik.. mcm bodoh jea aku rasa sorry to say unt korang yang fanatik twitter* benda tu mcm totally benda yang membuang masa jea dengan hanya update status berdasarkan had perkataan yang ditetapkan.. aku xjelas berapa had yang boleh dipos unt update status tapi memang aku jamin pendek jeala..mmg dicipta unt begitu.. kalau layan facebook ok lagi.. sekurang-kurangnya banyak info yang detail boleh diperolehi wut?
Aku tahu twitter adalah aplikasi sosial yang pantas, padat dan bergaya buat masa kini , pengguna aktif dan cekal twitter boleh memandang tinggi dengan pencapaian diorang dalam dunia twitter.. sebab semuanya update! pukul 5pm boleh tahu si dia keluar dengan awek dia,pukul 6pm boleh tahu makanan apa yang yg dia makan dengan awek dia dan seterusnya dia update kata awek dia bagi hadiah Iphone 4S sempena birthday dia dan bla bla bla.. xkan habis hingga kiamat kot? wahh, nampak mcm seronok tapi sebenarnya hampeh.. bagi aku la kan dan disebabkan itulah aku punya twitter langsung xbergerak.. dulu-dulu adalah jugak.. zaman Heechul aktif update status twitternya tapi sekarang dia dah masuk askar jadi dia pun sengap aku pun malas nak layan twitter dah
Status yang diupdate di twitter.. diantaranya..
Miss nonon said : Hari ni i makan pizza with my second scandal.... *wink*
.
Mat bunga said : Wah, hari ni i termimpikan si hensem ariff alfian..OMG!
.....Super Annonying........
Pusing tang mana pun.. hang bawak mai la ruang sosial mana pun kat aku, aku tetap hanya akan layan facebook dan blog.. dan aku rasa orang mcm aku xsesuai unt buat banyak akaun bagi ruangan sosial lain.. semua tu hanya buat aku lebih leka dan xendah dengan kehidupan sebenar aku.. sembahyang lewat ke kemain..nak habis waktu baru nak solat.. bukan xsedar tapi ralek melayan peminat (kononya) di dunia siber.. btw, benda ni kalau dibiarkan aku akan lebih hanyut dan hanyut seterusnya langsung xmengenal erti patuh kepada suruhan agama.
Untuk game angry bird plak.. aku xfaham la mcm mana boleh wujud game yang paling bodoh ni.. setakat tembak babi busuk dengan plastik yang berbekalkan burung yang sedang marah untuk menyelamatkan telur dan anak2 burung yang terperangkap.. Ahh! benda tu psycho si burung tu ja! dan yang hairan dan peliks si pemain angry bird pun boleh jadi psyho bila main game ni.. sangat taksub untuk melastik babi busuk sehingga berjaya.. mata yang berjaya dipungut memberi senyuman sehingga ke hujung telinga kepada pemain unt terus maju ke depan tapi tahukah anda yang masa anda telah banyak dihabiskan dengan hanya bermain dengan burung dan babi busuk itu sahaja? binatang-binatang tu buat anda semua masuk kedalam dunia imaginasi mereka dan bermain bersama mereka.. anda adalah orang yg telah mewujudkan semangat untuk mereka terus menghabiskan masa anda yang sepatutnya digunakan untuk buat xtvt yg lebih berguna dan berfaedah . dan yg plg aku xpuas ati sekali..disebabkan game ni jugak ramai member-member aku gemar sebut perkataan 'babi' tanpa padang kanan dan kiri sebab dah terbiasa sebut nama benatang tuh bila main game angry bird ! ahh.. senakal-nakal aku pun.. aku x tergamak nak sebut nama benatang tuh saja-saja.. ahh.. aku xboleh terima r kalau pompuan yg jaga solatnya dan bertudung litup gemar menyebut nama benatang itu.. bunyinya mcm terlampau kasar unt orang yg mcm kita-kita ni.. arhhh.. super annoying !
Stress!!!
tiru gaya Gary dlm running man (gediks!)
#haih, korie, come on lah! buat pa hang nak stress disebabkan orang lain punya xtvt.. hang buat kerja hang sendiri cukup ah!... kan? masa depa terbuang.. biaq la. bukan masa hang pon kan? yang hang dok buat sibuk tu buat pa? biaq p la kat depa..sendiqi mau hingat apa !
...kita sebagai sedara seagama mesti selalu memperingati antara satu sama lain...
xbegitu?
#Anonying Orange pun xmcm ni tau !!
P/S : tak usahlah anda terlalu taksub dengan permainan game yang melalaikan dan terjebak dgn fenomena terlampau twisties (opps!) dan facebooking.Ini hanya akan merosakkan anda dalam diam.awas!
Nie org yang tengok dok baca ni dah solat ke belum yea ?
haha..mase la ngn mira..layan blog ngn fB jugak even tweet dah femes sekarang..malas lah nak hupadate status bagai..kalau salah hupdate..habis kena sembur kan?
ReplyDelete