"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, June 30, 2011

Segmen : Jom Reka Dialog

klik banner untuk join


image Gambar 1
image
 Perbincangan pada malam itu dihentikan apabila...

Isteri :  U! kan I dah cakap.. I nak kerja jugak.. apa yang boleh I buat kalau I duk rumah jea.. kita bukanya ada  anak lagi! yang U tu..  ambik berat sangat pasal I ni kenapa!.. Sebelum  kita kahwin I kan dah cakap kat U yang U tak boleh ganggu kehidupan kerja I!  Don't u remember that?? please la tolong faham I.. I ni dah la bengang dengan bos I si Seth Tan masa kat pejabat tadi.. balik-balik kena pulak berdepan dengan situasi yang mcm ni plak.. erhhh!!! Si isteri membuang  beg tangan yang berada  disisinya---> geram..

Situasi menjadi tegang seketika

Suami: U boleh tak U bawak bertenang sikit.. Kita boleh bincang masalah ini secara perlahan-lahan ape?.. kenapa U perlu jerkah kat I macam tu sekali. Hey I suami U oke. mana tanda hormat U kat I ha? Jerkah sini sana.. Tak malu kea kat jiran sebelah!.. I malu tau.. mana nak letak muka I kalau U asyik jerkah dekat I jea.. Sorry my dear.. Im not Mr mama yang U suka tengok tu... Ok macam ni lah.. I xnak kusutkan keadaan U yang dah sepah tu.. Apa kata kita naik bilik.. kita bincang kat atas.. Dah lama katil tu tunggu U..


Isteri : Ha mulala nak tukar topik! tadi bukan main gaduh nak I berhenti kerja On da Spot.. Ey U ni la.. saja nak main-main dengan I.. geram tau.. sudah laa.. U pergi la naik atas sorang-sorang.. I penat! I dah xda selera dengan semua tu..

Situasi menjadi hambar seketika

Suami : U jangan la buat I mcm ni.. I just nak manja-manja dengan U jea tadi.. Sejak U tinggalkan I dekat taman tadi.. I sunyi sangat.. asyik teringat kat U jea.. U ni.. please sayang.. kita berbaik balik yea.. sambil diusapnya pipi si isteri dengan lembut.. kita naik atas yea sayang.. jangan la buat I mcm ni.. kesian tau kat I.. I ni lelaki U.. U tau apa yang I nak.. please sayang.. maafkan I yea pasal tadi.. I just xdapat nak kawal perasaan sayang kat U jea.. I nak U sentiasa ada kat sisi I.. Itu jea I nak.. dipeluk rapat si isteri.


Situasi menjadi sunyi dan kedengaran muzik romantik sebagai penyeri keadaan


Isteri : Hurm.. Sayang.. U janji dengan I yea.. jangan buat macam ni dah dekat I.. Mood I akan berubah kalau U cakap pasal kerja lagi... ....sepi seketika.....  disambutnya pelukan si suami tadi.. I pun sayangkan U! I tak tahu apa yang jadi dekat I kalau U xda.. Sayang U sangat-sangat.. 


Lampu dipadamkan.. Perasaan kasih dan sayang merpati sejoli kini bersatu... kedengaran lagu yang menghangatkan keadaan dipasang^^


The End


Ok.. Scene cerita terpaksa ditamatkan sebab pihak penganjur segmen hanya mahu 5 dialog sahaja. Sebagai penambahan.. sebenarnya cerita ini merupakan kesinambungan dari segmen ini . Xsalah kan kalau korie sambung.. 


Ok! Aku Tahu Ni Salah Aku..

Aku xsalahkan syarikat minuman ni.. so xda masalah aku nak show kat korang
  • Aku hari ni terkejar-kejar g ke tandas sebab senak perut punya pasai.. grr.. medical term sebut dierhea. sebab terminum air yang dah tamat tarikh luput..bukti kenyataan aku gambar kat atas tu.. ok first aku xnak salahkan diri aku.. aku nak marah dekat pasaraya yang jual air ni.. Ey.. korang xreti jual barang ke ha.. mana pergi pekerja-pekerja hampa yang ramai tu?.. nak kata pekerja x graduate tak.. semua graduate lepasan spm. apa derr.. ok.. take it easy maybe dorang xperasan :} hmm xperasan la sangat.. dah dekat sebulan tarikh tu luput... nasib baik aku still bley cool lg nih

  • Then, aku nak salahkan diri aku.. dah tahu beli  benda tu.. nak dimasukkan dalam perut ..x p usha tarikh luput dulu.. hah dah kena baru terhegeh-hegeh nak buat entri xpuas hati dekat blog.. ok.. aku sedar salah aku tapi itu pengguna punya cerita.. mana bley kira benda tu dalam penjualan barang korang.. habis kalau orang buta camne? ada kea kalau dia pegang kotak minuman ni. kotak ni terus bercakap--? 'tarikh luput minuman ini bla bla bla..' ada? grrr.. 

  • Yang kesiannya.. abang aku semalam dia minum sampai dua gelas kot.. mcm biasa.. air tu pun satu.. dah tahu tarikh dah tamat awat ko xmasamkan lagi diri ko tu.. ko tukar kaler kea.. ke pecahkan diri ko kea.. baru la orang tahu.. ini idak! rasa sama jea..abang aku g kerja pagi tadi.. rasanya waktu-waktu sekarang dia akan rasa senak perut sebab effect dia lambat sikit dari aku sbb aku yang rasmi air tu dulu.. grrr.. apa bley buat weh.. ko terima jealah  adik engkau ni  kurang peka dengan tarih luput minuman. (semalam jea ok)

  • Yang xbley tahannya. tarikh luput punya besar gedabak dia letak kat situ aku x perasaan.. nampak sangat lahapnya.. grr.. hurm. apa pun aku kena minum air kosong banyak-banyak untuk support air yang keluar dari badan.. klu x.. bley collpase. misi beberapa jam akan datang--> beli ubat phil chit teik onn unt sembuhkan dierhea.K itu jea.. 


Pengajaran buat semua pembaca : Sila usha tarikh luput minuman/makanan/ubat sebelum beli.. oraight?


Blog Promotion hari ni--> http://arfahajleaya.blogspot.com

suka blog ni sebab simple jea^^ dan yang best background kaler blog ni kita bley pilih sendiri..jom terjah!
Nak jadi blog yg akan dipromot? Klik ni


GiveAway CikArda,lah..!seghonok,peah!!!


 


Cik Arda buat giveaway wey.. jom join.. simple giler-giler..xpernah aku jumpa sesimple ni.. mcm tuanye jugak.. comel jea^^.. rugi kalau korang xusha minah arda nie. comel! Ok. Cik arda buat giveaway sempena followers dia dah mencapai seratus-->seperti apa yg ditulis di banner.. aku hanya repeat dengan lebih bergaya .. (gurau weh) tapi aku tengok follower dia sekarang dah > 2h tue (2 houndred).. grr.. cepatnya naik.. go go! arda!.. Meh la support giveaway dari gadis comel ni.. jangan la korang memilih giveaway mengikut ke'retis'san jea. ok?


Itu  jea dari korie

Wednesday, June 29, 2011

Sudah Boleh Bersama Dengan BB Seperti Dahulu



  • Salam, Tadi aku  kuar----> Parit Buntar untuk bayar hutang BB aku yang tertunggak sabanyak RM 180.15 sen. dasyat x? dah sebulan kena sekat penggunaan bb celcom..(2 bulan pertama still bley guna) aku xbayar untuk 3 bulan derr.. aku still buat xkisah sbb sekarang kan aku tengah cuti sem so duk rumah online guna wifi streamyx jea.. bb dilupakan.. sama sekali xdisentuh.. gah gah gah.. 

  • Ada berita sedih ni... aku dah kena balik kolej nursing la plak..2/7 penamat cuti sem aku.. grrr.. welcome back to prison!! oh yeah.. totally like Prison<------- duduk dalam bilik sambl pegang cermin tingkap sambil menikmati kebebasan orang luar yang bebas keluar ke mana pun. aku? hanya bley bebas di mata jea.. nasib baik adanya lappy dan blog. so aku bley bebaskan diri aku balik kalau x.. aku rasa aku mungkin nak jadi macam Michael Scofiel--> Prison break actor! gah gah gah

  • Xda benda sangat nak taip ni sebab  mata aku tengah menonton Showdown 2011 on 8tv! baru lepas persembahan Elecoldshot-ECX.. Perhh dorang dah masuk semi-final yoo.. hope Ecx dapat masuk final!  nak tahu pasal Elecoldshot? klik ni



Blog Promotion : Y.O.L.O

http://thesoundofmyjourney.blogspot.com
Nama : d'HeLL
Start blogging : Mei 2011
Apa yang best pasal dhell : Seorang yang aktif join segmen so kalau korang buat segmen jangan lupa ajak dia oke^^
So marilah kita berkenalan dengan kawan baru kita hari ini.. Luaskan ruang persahabatan antara blogger.


Blog anda nak dipromosi jugak? klik ni--->


We Got Connected Lists

Ok.. Ini senarai blog yang dah join my bloglist--> We got connected setakat ni..Aku akn promot blog korang satu demi satu/ double/triple/pukal mengikut masa terluang korie.. ^^ Segmen ini terbuka jea.. setiap penyertaan baru diterima.. nak jadi salah sorang yang bakal dipromot?.. klik ni

WE GOT CONNECTED LIST


  1. http://thesoundofmyjourney.blogspot.com/2011/06/segmen-we-got-connected.html
  2. http://arfahajleaya.blogspot.com/2011/06/segmen-we-got-connected.html
  3. http://adrianaizat.blogspot.com/2011/06/segmen-we-got-connected.html
  4. http://duniablogkucikash.blogspot.com/2011/06/segmen-we-got-connected.html
  5. http://takeshykurosawa.blogspot.com/2011/06/segmen-we-got-connected.html
  6. http://ninieazriena91.blogspot.com/2011/07/segmen-we-got-connected.html
  7. Next


Tertakluk kepada terma dan syarat . Korie layak memilih cara promotion mengikut keselesaan korie.

Wordless Wednesday #2 : Save Ikan Paus For Panda!


Segmen : Aku Seorang Blogger


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korie Join Segmen : Aku Seorang Blogger



5 SEBAB KENAPA AKU MENJADI BLOGGER


Bosan Dengan Dunia Nyata Yang Terlalu Biasa..
  • Kehidupan yang aku lalui dalam dunia nyata ni memang banyak liku-liku yang berbelit sehinggakan aku yang terlalu gopoh ini jatuh  rebah di jalan kehidupan.. ada ke orang pedulikan aku?.. ada.. ada ke yang merawat luka dalaman aku?. ada ke yang fahami apa yang naluri aku nak?.. Sebenarnya, ada je hamba Allah swt yang sentiasa ada di sisi aku tapi jiwa aku masih sunyi.. aku perlukan madah yang lebih luas untuk kemukakan perasaan aku jadi  bagi aku menjadi seorang blogger adalah pilihan terbaik dalam hidup aku.. Tidak semua masalah kita boleh ceritakan kat orang kan.. jadi aku gunakan blog untuk aku bercerita.. habis yang baca blog aku tu bukan orang kah? Hurm, maksud aku orang di alam maya xkenal siapa kita.. lantak la ko buat apa pun.. dia bukan tahu pun siapa diri kau yang sebenar jadi madah bicara menjadi lebih open. Itu yang aku nak.

Aku Mahu Bertukar Pendapat dengan Orang.
  • Orang cakap dunia internet ni madah untuk mencari ilmu  tanpa sempadan.. semuanya bergantung pada diri sendiri jea.. Aku suka timba ilmu.. mcm orang lain.. dengan berblogger perkara ini akan menjadi lebih mudah dan cepat.. Selain tu, kita hidup di dunia ni bersaudara.. Tuhan kurniakan akal dan kelebihan masing-masing jadi dengan cara berblogger kita dapat menukar idea dan mengembangkan idea yang sedia ada.. bagus bukan?.. Itu yang menyebabkan aku menjadi seorang blogger.

Blogger Sebagai DJ
  • Aku ingin menjadi DJ radio.. hasrat aku mungkin tercapai ataupun tidak tapi bagi mengelakkan aku kempunan. Aku xkisah semua tu janji bila aku berblogger aku dapat cakap dengan orang ramai.. luahkan pendapat.. beri pendapat.. tukar cerita sana sini.. gossip gitu-gitu.. Jadi dalam masa yang sama secara tidak langsung aku sudah pun menjejaki dalam dunia Pra-DJ. Aku suka bercakap.. aku pernah terfikir yang aku nak jadi pengacara dalam Award Show yang besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian.. Aku teringin nak bercakap depan ratusan ribu orang. . dan perasaan tu still da dalam hati ni..hanya berblogging aku dapat rasakan yang aku sudah menjadi DJ----> melalui menaip

Blogging dapat Menceriakan Hidup

  • Aku dapat bersosial di laman maya.. aku boleh buat apa yang aku suka.. cari apa yang aku suka.. tanpa had.. aku boleh berhubung dengan orang yang aku minati selama ni. aku boleh menjadi follower mengenai kehidupan dia.. aku boleh usha dia dari belakang dan support dia dari belakang.. aku hanya mampu buat begitu.. sebab dia xpernah akan wujud dalam kehidupan nyata aku.. hanya berbuat begitu aku dah bahagia .. that's the point.

I Was Born To Be This Way----> A Blogger
  • Blog banyak mengajar aku erti kehidupan.. Erti kehidupan yang palsu dan sebenar.. Erti ini banyak mengajar aku untuk lebih matang dalam kehidupan.. Setiap apa yang ditulis para bloggers punyai satu nilai yang sangat berharga jikalau korang pandai mengasah maksud entri tersebut.. Aku belajar dari pengalaman orang dan diorang juga begitu.. Indahnya berblogging... Indahnya perjalanan hidup kita bila semua bloggers saling beramah mesra. Blog adalah tempat persinggahan hati aku bila ia berduka/gembira.. Blog jea yang memahami sebab dia xpernah bangkang apa yang kita tulis.. dia go on saja.. dia xpernah tinggalkan kita kecuali kita yang tinggalkan dia dulu.. So blog memang seorang pendengar setia dan aku memang bersyukur sbb aku punyai rakan seperjuangan seperti kau^^  wahai blog!..dan blog juga menguatkan memori yang aku sayang.. blog adalah bukti perjalanan aku yang lepas sebab segalanya tersurat di sini.

 Tag 3 Orang
  1. http://cik-misi.blogspot.com/
  2. http://www.puankutu.com/
  3. http://misschubbycheek.blogspot.com/

Tuesday, June 28, 2011

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

Haeder penganjur

Header Belog korie


Nie haeder baru belog korie... btw just try nasib.. klu ada rezeki ada la yeaa.. di samping tu bley berkenalan dengan contestant lain------> Salam kenal^^



Jom join sekali dengan korie yukk^^.. klik ni

KL Gangster 2


Skrip-skrip yang menjadi ikutan  budak-budak sekarang selepas menonton KL Gangster.. apa daa.. xbaik Ooo klu mcm ni.. xsopan.. lari bahasa.. tapi aku pun ikut jugak kadeng-kadeng tue -__________-

Aku dengar masa shark cakap ni mcm orang iban pun ada gak.. korang pasan x?


Ini hasil kutipan KL Gangster setelah 10 hari wajib tayang --->

  • Masa hari ke dua belas.. kutipan mencecah 12 juta beb ^_^. *wink* even bukan aku yang buat filem ni.. Aku turut rasa bangga sampai nak nangis--> kononnya..tp Korang kena ingat.. siapa yang menyebabkan filem ni mencecah hingga 12 juta?.. Penonton kan?.. so siapa lagi kalau bukan aku,kau,dia dan mereka yang sanggup menghabiskan duit dan masa demi menonton filem ini di panggung lcd.So bagi orang-orang yang terbabit menjayakan kutipan hingga 12Juta ni jom kita serang Syamsul Yusof. Suruh dia belanja makan sama kitaa.. amacam? menang besar tu weh.. bling*. blink*

  • Desas desus mengatakan Syamsul Yusof nak bikin KL Gangster 2. Bley tengok apa yg Syamsul---> (jutawan malaya) tu reply dalam fan page KL Gangster.Kebenaranya masih x dijawab tapi memeng gue dok dengar gitu lol dan gue rasa pown memeng ada KL Gangster 2 sebabnyo KL Gangster 2 bley mencecah hingga >.20 juta kalau Syamsul betul-betuk study how to survive unt mendapat kutipan hingga ke > >20 juta dalam pembikinan filem tersebut.. 
  • Wah.. caya la kau Syamsul Yusof.. Tetiba rasa nak cari lelaki mcm dia unt dicalonkan dalam semanis kurma.. grrr.. apa ni? xlogik.. Hurm rugi betul Diana dienelle berpisah dengan dia.. klu x.. ko goyang kaki je wei.. job pun dapat.. grrr.. rugi rugi

Gambar tu gua curik dalam fan page@facebook KL Gangster.. Maap ya Abe-Abe long semua... Untuk tatapan umum kan.. sharing is better than silence^^


Segmen : We Got Connected!


Pencarian Bloglist Belog K O R I E

Segmen We Got Connected dengan rasminya dilancarkan oleh Belog K O R I E. 

Tujuan:
Memudahkan proses blogwalking dan promotion.

Syarat-syarat kemasukan:
  1. Anda kenal jantina anda.----> tidak perlu kemukakan, asalkan anda tahu siapa diri anda
  2. Merupakan follower Belog K O R I E
  3. Buat satu entri di blog anda bertajuk '' Segmen:  We Got Connected ''
  4. Letak header di atas ni dan linkkan ke entri ini
  5. Sebarkan kepada yang lain.
  6. Jawab soalan ni... kenal x siapa korie?. kalau kenal beritahu mcm mana bley kenal.. kalau xkenal korang hentam jeala labu.. ini bukan kuiz pun... berapa patah perkataan xdikira.. taip jea
  7. Segmen sentiasa ON 
  8. Siap.. Letak link entri tersebut di ruangan komen ini.

Nota Jjinbbang : Mungkin ada perubahan yang berlaku pada entri ini tp xpew.. korie xkan ubah benda yang praktikal pada korang. Chill je ok

Daesung-Bigbang Seorang Pembunuh?




  • Salam korang, Sedang Malaysia sibuk dengan kumpulan MPOP iaitu V.I.P di bawah kerajaan KRU.. Kerajaan Korea sibuk dengan kes kemalangan tragis yang melibatkan Daesung [bigbang]. Apa yang kecoh sangat tu? Daesung  menyebabkan kematian Mr Hyun akibat daripada kereta yang dipandu daesung melanggar Mr.Hyun..grrr skema jea ayat^^

  • Macam mana aku nak cakap ni.. xda berita penuh dalam bahasa melayu lol.. semua english/korea maaa.. oke aku cuba terangkan kt korang.. Harap korang faham dan VIP ( fans bigbang) ---> jangan bersedih ok.. sabar je dey..

  • Pada 31 May 2011, Mr Hyun (mangsa) dalam keadaan mabuk membonceng motorsikal untuk balik ke rumah.. di pertengahan jalan tu.. Mr Hyun terlanggar tiang lampu jalan dan beliau jatuh di tepi jalan manakala motosikal yang dipandunya terbabas ke hadapan (beberapa meter dari tempat beliau jatuh). 

  • Lepas tu sebuah teksi yang memandu pada jalan yang sama memberhentikan teksinya di sebelah motosikal mangsa..  sebab dia ternampak mangsa di belakang.. then, kereta yang dipandu daesung datang dari arah belakang melanggar mangsa dan seterusnya terlanggar bontot teksi yang berhenti tadi... masa tu daesung memandu melebihi had laju di jalan tersebut iaitu 70-80 K .. had laju kat jalan tu 60K jek. standard ler 70-80K ark?.. lagi satu tempat tu xda banyak kereta masa kejadian tu.

  • Sebelum daesung terlanggar mangsa.. mangsa masih dalam keadaan bernyawa.. setelah dilanggar oleh kereta daesung keadaan mangsa menjadi teruk hingga menyebabkan beliau mati. Itu yang jadi kes.. dan satu lagi.. Pakcik teksi tu jugak tercedera akibat daripada hentakan belakang dari kereta daesung----> Akhbar melaporkan kecederaan yang dihadapi pakcik teksi tadi mengambil masa 3 minggu untuk pulih sepenuhnya..

  • Daesung  terus memberhentikan keretanya dan keluar.. dia pandang belakang.. waktu tu baru dia perasan yang ada mangsa di belakang.. dan pada waktu tu jugak dia xperasan yang kereta dia yang telah melanggar mangsa.. bla bla blaa.. so benda ni pun jadi la kes polis..

  • Bila polis siasat.. kes forensik semua.. polis buat statement memang kereta yang dipandu daesung yang menyebabkan mangsa mati. Daesung dikenakan hukuman 5 tahun penjara ataupun membayar penalti sebanyak $20,000 USD.

  • Aku rasa pihak YG Entertainment xkan membiarkan daesung masuk penjara.. Daesung kan ada kontrak dengan YG.. Xkan Bigbang lepas ni tinggal 4 orang jea?.. grrr.. Aku xtahu r wei.. benda ni bukan kerja aku.. kalau aku jadi wartawan korea bley r aku cerita yang betul kaw kaw kat korang semua..Setakat tu jea yang aku mampu cerita.. apa-apa pun aku tetap sokong Bigbang.
http://www.88news.net/wp-content/uploads/2009/11/Big-Bang.jpg
Bigbang




Untuk berita penuh kes ni disini

Nota Jjinbbang : Soju : sejenis arak.. habis laman web My soju tu apa?.. Arak ku?.. grrr.. maybe lebih kepada ketagihan menonton drama. Think positif maa..

Monday, June 27, 2011

Dah Jumpa tapi.....


Entri ini kesinabungan dari entri ini

Klik gambar untuk ke laman ni

Ni follower ke 800 aku.. tapi. siapakah?.. bukan sejenis blog ni.. spesis twitter.. aku dah cari link kat nama dia tapi xda.. ada link ke twitter jea.. >blur<
Ok oke.. aku dah kenal setelah buat research beberapa minit tadi.. Touch----> kpop group 
Yg kat atas tu link fan page twitter TOUCH.

TOUCH Malaysia fans


Hahaha..bagi aku gelak kejap.. even aku minat kpop xsangka follower ke 800 aku ada kena mgena dgn kpop.. apa daaa..dah la tue.. aku xkenal group ni.
Ok disebabkan diorang follower  ke 800 aku promot la sikit diorang ni setelah buat research.


Kpop group touch


TOUCH is a Korean Pop Boy group which consists of 7 members. TOUCH is the acronym of  “The Original Undeniable Charismatic Homme (거부할 수 없는 원초적 카리스마를 가진 남자)”.
Let’s check out their individual profile.

Name: 한준 (HanJoon)
Position: Leader
Birthdate: 1990-01-30

Name: 준용 (JoonYong)
Position: Main Vocal
Birthdate: 1991-09-25

Name: 성용 (SungYong)
Birthdate: 1989-12-22

Name: 선웅 (SunWoong)
Birthdate: 1991-11-01

Name: 다빈 (DaBin)
Position: 막내 (Makne)
Birthdate: 1992-03-12

Name: 영훈 (YoungHoon)
Position: Rapper
Birthdate: 1990-11-27

Name: 민석 (MinSeok)
Position: rapper/dancer
Birthdate: 1990-08-15


Korang bley kenal nama dan muka diorang bila tengok video kat bawah^^

Ni Video Klip lagu diorang..


Fakta lain ----> Touch debut pada tahun 2010 di Korea.

Ok.. dah lama kot dorang debut.. korang kenal x?. aku xpernah dengar pun nama group ni sebelum ni.. grrr. maybe bukan dari syarikat yang terkenal kot.. muka? mcm group Boyfriend jea.. xpercaya?.. cuba tengok.. muka semua muka-muka taemin^^----> muka budak-budak. haha.. layan jeala weh. mana tahu ada yang berkenan.. Lagu diorang bley tahan gak r.. 

Thank!

K. itu jeala kot untuk follower bertuah ke 800 Belog K O R I E


Siapa bakal follower ke 800 belog korie?


View Image


Siapakah beliau yea?.. Rasanya nak buat something kat dia r sempena follower ke 800 ni.. wait.. kita tunggu  dengan penuh sabar yea... sekarang dah 799.. huhuh berdebar rasa^^

Fenomena Angry Bird Mengalahkan Si Domokun


Belog Korie hari ini mempersembahkan..

Domokun kegilaan para blogger girl
Aucakk! saya baby domokun. Saya baru mengenali dunia blogger. Sukanya saya dgn dunia blogger sebab sy boleh tengok perempuan yg cute miut sehinggakan sya meleleh air liur.. !jadi better korang jgn tayang sangat Aurat korang dlm laman maya ni.. kesian dekat domokun.-pesanan penaja.



Sekarang masih lagi menjadi kegilaan para-para dan pari-pari peminat patung yg meminati stuf yang cute miut.. Tapi.. sekarang ni kegilaan kepada domokun makin tergugat sejak munculnya patung Angry Bird yang tengah retis di pasaran sekarang..


by ~RiverKpocc

 

 Korang plak suka yang mana? Aku biasa-biasa jea. Asalkan lappy ni ada cukup jeala.. huhu. xdapat bayangkan kalau lappy xda.. 

 

Sambil-sambil tu korang layan jea lagu ni .. ^^




Nota Jjinbbang : Kalau aku terpaksa memilih yang mana satu pilihan aku.. aku akan pilih angry bird sebab dia lagi agresif..^^

Geram dengan CODING HTML!





by ~SharpenArrow

Rasa mcm nak buang jauh-jauh blog ni


Adoiiii.. Dari tadi asyik dok edit jea html code tu.. nak buang widget dalam layout agak susah sikit kalau melibatkan script.. Ok.. Ko sabar.. sabar..Pasti akan boley! selama ni ko rilex je bab nie.. cuma ambik masa sikit jea.. Erk!

Memang dari tadi aku rasa mcm nak jerit jea ni.. Gila la.. dah sampai tahap maksima kesabaran.. apa yang xbetulnya lagi ni.. haih.. buat apa la yang p wujud mendalah coding ni semua.. lain kali ko jangan wujudkan blog... buat susah aku jea nak edit codingx2 tue.. terbantuk aku nak jadi indie programmer !


Nota Jjinbbang : Mesej ini dalam keadaan marah..  tiada kena mengena dengan anda

Segmen : Saya Tengah Mencuba Nasib

PART 3

Segmen : Saya suka masuk segmen Mr. Ben

Part 2

Segmen : SAYA


Saya xfaham sangat dengan segmen kali... bantai jeala labu

Sunday, June 26, 2011

Kena Rasuk dengan KL Gangster!

Destinasi hari ini..
  • Salam korang!.. So mcm mana hari minggu korang hari ni?.. Minggu - minggu yang lepas aku hanya gigit jari jea bila baca updated dari korang yang pergi ke pawagam layan filem terbaru.. Tersentuh jea hati ni nak join sekaki dengan korang masuk pawagam tapi apa kan daya. Korang kat sana aku kat sini.. tapi apa pun.. korang kena ingat yang satu ni.. 'jauh di mata dekat di hati' oke?. 

  • Hurm.. so hari-hari aku yang lepas terubat hari ni.. Tadi aku kuar dengan bro,cousin aku g tengok wayang.. Abang aku nak tengok Rasuk tapi aku nak tengok KL Gangster so jadilah sedikit pergaduhan manja dengan abang aku tadi.. last-last aku jugak menang.. yahooo! KL gangster memang pemenang kan? kita kan kalahkan Geng ' Kami gila segmen'  masa segmen anjuran blog Mr. Ben Ashaari hari tu.. Xhingat? tekan ni..

Bukti! takut korang cakap aku tipu korang... xjelas ek? aku malas nak edit la weh.. aku xrajin hari ni. malas doh


  • Hurm.. so tadi masuk panggung la aku.. layan KL GANGSTER. Bagi aku filem ni bley tahan r sebab kategori Action kan.. kalau kategori 'romentik memang fail! haha..sebab xda langsung scene-scene romantik dalam filem ni so harap maaf la bagi korang yang jenis layan filem bergenre romen-romen jea^^ . Sekali lagi aku rasa tersentap sebab Jozan xmenang Maharaja Lawak yang baru lepas ni.. Sebab dalam filem ni watak Zizan sebagai fadhil memang best ah! kelakar sempoi jea.. sampai makcik depan aku gelak kah kah kah ..... lebih dari aku gelak.. grrr.. dasyat tol aura zizan dalam filem KL Gangster.. Tapi xkata jugak r.. sebab dia sorang jea yg buat kelakar dlm tu yang lain tu semua kaki gaduh jea.. Asyik-asyik.. Lu.. Gua.. lu.. Gua.. bangsat.. gi mampos!.. kencing!.. sial!.. mau cari gadoh!..tokei besar! .. kl!.. memeng... anjeng!.. dan bla bla bla..

  • Aku  yang tengok ni pun jadi terpengaruh.. bangsat betul! Opps! terkeluar sudah.. grrrr. sori sebab xbley jadi sopan.. haha.. Filem ni bagi aku memang Gangster r.. sebabnya. bila jumpa jea gaduh.. jumpa jea maki hamun.. jumpa jea pecah kaca.. jumpa jea larik.. jumpa jea terus tumbuk.. jumpa jea baling duit.. jumpa jea menyalak macam anjing..jumpa jea mati..tp sbelum tu gaduh dulu r.. grrrrr.. nama pun Gangster.. standard la yea. ok la tue.. sebab aku ternganga tengok action tumbuk menumbuk tue.. hahaha.. sebab apa?.. sebab walaupun Seth Tan tengah dalam scene gaduh,tumbuk menumbuk dia tetap cool! hahaha.. lari sungguh dari watak seth tan dalam Nora Elena -----------> Seth tan-Aaron aziz-------> memegang watak Malik maliki dalam KL Gangster.. 

  • Mesti ramai yang update pasal filem Rasuk hari ni.. huhu.. best ke weh?... 

Nota Jjinbbang : Sorry la sebab hari ni aku menggunakan bahasa yang agak kesat.. saja ambik mood lepas tengok KL Gangster.. Agak-gak korie nak jadi Abang long dalam kawasan Penang bley kah?.. hahaha.. pergi xxxxxx la kau.. Opss!

Segmen: Ekspedisi Blog

Assalamualaikum pembuka bicara dan salam sejahtera

Korie join segmen 'Areliff Dot Com. Jom join sekali dengan korie yukk!
Klik banner untuk ke blog penganjur




Cerita apa yang best kat blog korie?

Apa yang best yea? Aku pun xtahu. biasa jea tapi aku memang sayang giler dengan blog ni.. kalau katakan blog ni meletup sebab di bom oleh geng kongsi gelap aku memang akan langsikan diiorang tue.. kekekeh.. berani r cakap mcm ni sebab mana bley bom dalam dunia maya.. Apa derr.. 

  • Banyak Info terkini.. bley la sikit-sikit
  • Bagi pelajar yang bakal menduduki Spm korang bley dapat nota dan latihan untuk spm dalam belog korie
  • Korie banyak share news kpop/kdrama... bagi yang berminat jeala..
  • Klu bosan tu meh la jenguk blog ni.. bley la nak ketawa sikit-sikit tue..ketawa banyak pun boleh
  • Banyak kalau korang nak tahu.. nanti kita kenal-kenal lebih mendalam oke^^

Segmen : Pencarian Mega Bloglist

Assalamualaikum pembuka bicara.. dan selamat sejahtera
Korie masuk segmen pencarian mega bloglist Cikgu Zubir
Klik banner untuk ke blog penganjur^^

sebab anda nak jadi satu daripada "Bloglist Mega"ialah.... ?

Dapat kenal-kenal dengan  geng cikgu zubir yang lain .. Luaskan tali persahabatan sesama bloggers di ruang maya.

Korang jom r join sekaki.. best apa.. lagi ramai lagi meriah ni. so jom terjah ok^^

Nama: K O R I E
Url Blog : http://pinkexia.blogspot.com



Macam Teringin Jea nak lalu dekat Lebuhraya KARAK


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korie ucapkan

  • Ini semua kena salahkan filem KARAK arahan KRU tu.. Erh.. Aku sebenarnya baru habis tengok filem ni pagi tadi.. Pepagi tadi pecah rekod kot.. selalunya kalau bangun pagi.. lepas habis mandi semua tu aku akan buka blog tpi pagi tadi x.. sebab adik aku tetiba sergah kat aku suruh join dia tengok Filem Karak yang baru abang aku download.. Aku dengar je KARAK aku terus pergi kat adik aku ' Eh! mana dapat ni?.. adik aku jawab.. Tu haa.. abg chik yang letak dalam lappy.. 

  • Yang aku ni memang dari first filem ni masuk panggung aku nak tengok filem ni.. Masa tu aku ada kat Kolej Nursing lagi.. xstart lagi cuti sem.. Geng aku sembang r pasal filem Karak ni.. aku pun join sekaki.. tokak tambah cite padahal aku xtengok lagi---->  aku dapat info dari blogwalking ler.. korang kan kaki panggung.. aku selalu baca review dari korang.. so memang aku tahu la sikit-sikit pasal filem ni..  Yang aku tertariknya.. Kawan aku sorang ni dia duduk dekat kuantan so kalau nak balik dari Alor setar---> Kuantan memang lalu dekat Karak.. Dia pun cerita r pasal cerita hantu kat situ.. Mmg dia cakap tempat tu keras..dah lama dah.. Selalu kalau duduk dalam bas bila lalu kat Jalan tu memang xbley nak lena.. Tapi Alhamdulilah  setakat ni dia belum mengalami apa-apa tragedi yang tragis di Lebuhraya Karak.

  • Yang aku ni plak.. lepas tengok filem tu tadi aku rasa mcm betul-betul curious nak tahu pasal tempat tu.. Apa sejarah yang menyebabkan tempat tu keras?.. Memang aku bley research je dalam internet tapi nak jugak dengar dari mulut orang sebenar jugak..Sebabnya dalam internet xsemua fakta itu betul dan xsemua auta itu salah.. kadang-kadang menimbulkan fitnah maya jea.. So korang tahu x pasal sejarah Lebuhraya karak tu?

  • Kalau nak ikutkan Filem tue.. dia ada cakap yang sebelum lebuhraya karak dibina.. tempat tu merupakan tempat perkuburan orang asli.. Ntah betul ntah tidak tapi kalau ikut firasat aku memang betul kot.. 

  • Apapun aku  hanyalah insan biasa mcm korang jugak.. ada jea perasaan takut tu tapi aku xbley nak elak perasaan nak tahu itu.. Itu jea.. Korang faham kan apa aku maksudkan?.. Aku bukan nak tunjuk belagak kat sini dan aku bukan saja nak tunjuk berani.. Aku juz cakap jea.. Mustahil bagi aku nak lalu dekat Jalan tu sebab aku jarang berjalan ke area Timur.. Dulu aku pernah cakap dekat kawan aku ni.. dia dari kelantan.. aku cakap kat dia yang aku nak cari calon suami orang kelantan.. alasan aku.. sebab aku suka sangat dengan budu kelantan.. budu cap ketereh.. haha.. sedap weh... huhu.. tapi orang kelantan selalunya xcari orang jauh-jauh.. diorang selalu pilih pasangan yang sama negeri dengan diorang jea..btol x?.. hehe.. pasal nak calon suami orang kelantan tu aku gurau jea.. siapalah aku nak tentukan calon suami aku.. Itu semua rahsia Allah. 
  • -----> Kalau pergi kelantan lalu dekat jalan Karak x?.. aku fail geografi.. haha


That All



Saturday, June 25, 2011

Segmen : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London

 
Assalamualaikum. Tak jawab salam dapat dosa,tanggung sendiri. dan salam sejahtera bagi yang bukan beragama islam . Korie join segmen lagi yo..Kali ni Segmen dari Mr. Adi Budika.. Kawan baik Sis Sunnah. ye ke?. Ahakz..
Ady Budika

Macam mana boleh jumpa blog adybudika ni?.

Korie jumpa blog ady dekat blog kak sunnah.. Mana xnya.Kak sunnah letak link-link entri ady dekat VVIP punya tempat dalam blog kat sunnah.. Grrr.. Ingatkan diorang ni ada apa-apa kea.. tapi dalam firasat korie dorang ni rasanya just sahabat blogger yang saling promot blog masing-masing.. sebabnya dalam blog ady ada backlink entries kat sunnah.. Dekat tempat VVIP jugak.. huhu..Bestkan kalau ada geng macam tu..


Sekian dari Korie

Video Aksi Naib Juara Maharaja Lawak [JOZAN]


 Seperti sedia maklum, Kumpulan JOZAN mendapat tempat yang kedua dalam Maharaja Lawak akhir malam semalam. Mungkin bukan rezeki Jozan untuk menjadi Juara dalam pertandingan ini. Aku tak tahu mana silapnya kumpulan Jozan sebab kalah dengan Sepah malam tadi.. Agak terkilan jugak Jozan x menang tapi benda dah jadi nak buat macam mana lagipun Sepah memang layak dinobatkan sebagai Juara sebab persembahan diorang dari minggu ke minggu memang xpernah mengecewakan penonton dan para juri.So xbanyak aku nak cakap kat sini.. Korang layan jea video Jozan oke^^
 

Peringkat Pertama
 

Peringkat Kedua
 
...

Video Aksi Juara Maharaja Lawak [SEPAH]


Seperti yang sedia maklum kumpulan Sepah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak sekaligus mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro .Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Bagi yang terlepas menonton aksi Sepah pada malam akhir Maharaja Lawak malam tadi boleh menontonnya di bawah.

Pusingan Pertama
 
Pusingan Kedua

Segmen : Bang , jom g jalan jalan!

Assalamualaikum, kalau xjawab berdosa. Nak ngorat bley? LOL


Klik Gambar Mr Ben yang Retis ni unt join!


Jalan-jalan cari blogger^^.  Salam Perkenalan dari Korie.


Tersedar Selepas Tengok Filem KARAK


Korang dah tengok filem Karak? aku baru jea habis tengok filem ni.. Bagi aku filem ni ok la sebab buat aku tersedar kepentingan memahami maksud Ayat Kursi bagi yang muslim. Tiada maknanya kalau kita setakat hafal jea ayat kursi tapi tidak memahami maksud ayat tersebut. ..dan satu lagi kalau baca  mestilah dengan penuh keyakinan kepada Allah swt.

Jadi kat sini aku nak kongsi dengan semua pembaca belog korie.. supaya kita dapat manfaatnya bersama.Insyaallah

Ayat Kursi dibaca bagi melindungi diri daripada gangguan Jin dan Syaitan.   

Ayat Kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن
ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ 
 بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Terjemahan

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (al-Baqarah: 255)


 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ayat Kursi. Klik Sini


Terima Kasih sebab wujudkan filem ni. Banyak Pengajaran yang korie dapat

Friday, June 24, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Akhir


Ada 2 Peringkat pertandingan.. Ini peringkat yang pertama.. Peringkat pertama rasanya lawak kumpulan Sepah lagi best diantara yang lain..

Kedudukan Undian Maharaja Lawak Minggu 13 (Final)..Sebelum Persembahan


Nabil.


Jambu.


Sepah.


Jozan.


Keputusan:
 

Peserta Paling untung Nabil...

Nabil = 150 ribu, JOZAN = 125 ribu Sorang, Sepah = 116 Ribu Sorang, Jambu = 25 ribu jer... Astro = Berjuta2 dapat


KEPUTUSAN RASMI MAHARAJA LAWAK

Juara : Sepah
Naib Juara : Jozan
Tempat Ketiga : Nabil
Tempat Keempat : Jambu




  • Aku sokong Jozan! Erkkk.. But oke la.. sebab lawak sepah malam ni lagi best! tapi agak mengecewakan sebab Jozan xmenang.. Aku rasa sebab Jozan xjadi juara malam ni disebabkan  markah Juri Profesional yang kurang dari kumpulan Sepah sebab lawak sepah lagi menonjol malam ni. ..dan satu lagi faktor kemenangan berpihak kepada Sepah adalah perbezaan undian  penonton antara kumpulan Sepah dan Jozan x lari banyak even kalau nak ikutkan populariti Jozan lagi tinggi dari Sepah..Nampaknya Orang-Orang JOHOR memang semua berganding bahu vote for SEPAH!..Apapun aku ucapkan tahniah kepada Sepah sebab memenangi RM 350,000. Boleh la kasi kat aku sikit.. Aku tolong promot korang dalam belog apa.. hahah..Paling tak pun ko promot blog aku dalam surat khabar esok pun jadi la... ;)


Segmen : Dia Maharaja Lawak

Assalamuaikum dan Salam Sejahtera...  mesti ramai yang xsabar nak tengok Maharaja Lawak Akhir malam ni.. Peserta yang ke final adalah Jozan ,Sepah , Nabil dan Jambu. Siapa peserta pilihan korang?.. Aku nak tahu jugak..  Met Bujang lagi la nak tahu siapa peserta yang korang minat.. btol x Met Bujang? .. So bagi merealisasikan harapan Met Bujang belog korie dengan bangganya join Met Bujang punya Segmen.. So Korang semua.. jom r join sekali.. lagi ramai lagi meriah ni.. mana r tahu.. peserta yang korang pilih tu menang malam ni.. dapat RM 300,000 ribu.. Wow! Opps! bukan kita dapat tapi Antara empat kumpulan finalis ML  tu.. Juara memenagi 300K. Best arkk.. dapat duit banyak tue.. Bagi entri segmen yang mencuri hati Met Bujang akan diromosikan blognya...

 !Penganjur!.. Sila klik banner untuk ke blog Penganjur
 Tugasan :

Nyatakan siapa yang bakal menjadi Maharaja Lawak 

JOZAN


  • Group feveret aku adalah Jozan! JOZAN : Gabungan antara Johan dan Zizan.. Kalau korang nak tahu Zizan adalah pemenang tempat kedua Raja Lawak musim pertama manakala Johan adalah pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama... Tempat pertama Raja Lawak musim pertama dimenangi oleh Yus iaitu salah seorang peserta dalam kumpulan Jambu yang turut bertanding malam ni..

  • So.. Malam ni memang rancak r.. Setiap peserta mempunyai pakej lawak yang terbaik.. kalau tidak diorang xkan sampai ke peringkat tertinggi Maharaja Lawak.. Kalau xsilap aku malam akhir ni tema dia 'Muzikal' .. Rasanya.. kalau salah tolong betulkan.. Jozan menjadi peserta feveret aku sebab diorang memang kelakar kot! Haha aku ingat lagi babak Johan dalam filem 'Hantu Mak Limah balik Kampung' masa dia lari dari Kak Limah yang tiba-tiba muncul dalam tandas.. dia tengah BO.. Dia terus lari.. Guna penutup saji tutup bahagian sulit.. haha.. bengong.. dan Zizan bagi aku memang seorang yang berbakat besar r dalam bidang lawak ni sebab tanpa dia pentas raja lawak xda seri.. dan kalau korang dah biasa dengan lawak dia...  korang dengar jea dia bercakap pun korang dah rasa nak tergelak.. Bukan senang nak buat lawak ni.. aku?.. lawak bodoh bley r..

  • Bagi yang xfamiliar lagi dengan lawak kumpulan Jozan aku sarankan korang tengok video ni... Antara persembahan yang terbaik dalam Maharaja Lawak yang disembahkan oleh Jozan 

 

........

Amacam? Haha.. Kalau Zizan dan Johan bergabung memang meriah jadinya.. 
  • Kalau nak ikutkan undian dari penonton kumpulan Jozan mendapat tempat pertama buat masa sekarang.. seterusnya Sepah,Nabil dan Jambu.. dan untuk malam ni.. malam final.. Kiraan undi adalah melalui 50% dari undian penonton manakala 50% markah dari Juri..

  • Apa pun yang terjadi.. aku percaya Jozan mesti buat yang terbaik malam ni.. sebab diorang nak menang.. yang lain pun nak menang.. jadi saingan sangat sengit.. penonton dah xsabar nak tengok.. Aku pun.. huhu... btw. gudluck untuk Jozan, Sepah,Nabil dan Jambu..


Itu jea dari belog korie.. Thank sebab baca.

Segmen : BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ini Segmen yang ketiga Korie join untuk hari ni. Fuhh!


  • Selalunya.. sebelum tidur dan selepas bangun pagi aku akan serang lappy dulu.. Saja.. check kerja semalam yang aku buat padahall.. dalam hati nak tengok komen dalam blog..Check Inbox dekat facebook.. normal ah semua tue.. kadang-kadang tu sampai leka dekat lappy sampai tak sedar yang diri tak mandi dan tak keluar dari bilik bagi menjenguk pagi hari yang damai... Selalunya.. Mak akan bising dekat aku tapi aku tetap mcm tu jugak.. cuma kalau mak suruh belikan barang ke apa kea.. aku buat dan tinggalkan lappy.. tapi kadang-kadang tu lambat jugak aku nak bangkit dari kerusi lappy tue.. Grrr..
  • Mak Pun dan biasa dengan peragai  aku so lama-lama dia sengap jeala.. Kalau ayah plak.. ayah selalunya xganggu kehidupan aku dan lappy aku sebab dia pun jenis yang ketageh internet jugak.. Dia selalu join blog-blog politik.. biasalah kan.. Hurm.. so selalunya.. dia tengok aku main.. dia biar jea.. dia on lappy satu lagi dan teruskan bermain internet..
  • Masa aku duduk dekat kolej.. adik aku yang satu tu rajin buka blog aku ni.. ntah apa yang dia faham melalui taipan aku.. dan baru-baru ni aku dapat tahu yang dia suruh mak aku baca apa yang aku tulis dalam blog semasa aku xda kat rumah.... Perhhh! aku tahu jea.. rasa berbisul jea.. Penyibuk betul budak kecik tu.. Tapi.. lepas tu mak aku xcakap apa pun.. biasa jea.. mcm normal.. Hehe.. so aku apa lagi.. lagi merdeka la berblogging!.
  • Yang penyebuknya bila aku berblogging.. adik aku tu! Erhh budak tu cakap banyak betul! dia cakap apa.. Akak ni hari-hari buka blog!! sampai adik nak main pun xboleh! pastu main sampai ke pagi.. pastu dia cakap lagi.. esok akak jangan tidur ek.. akak main dari malam hari sampai tengahari esok.. boleh?.. Tengok dia perli aku.. Erh! geram tol dengan budak kecik ni...Sabar jeala.. budak kecik ni aktif main fb! Nak tengok fb dia?.. haha.. tokseila..
Nota Jjinbbang : Kalau la dalam mimpi pun bley berblogging/blogwalking.. jawabnya  memang ramai la trafik dalam blog ni..


Segmen : Umar Faruq : Promosi Blog Aku !!


Assalamualaikum pembuka bicara.. Ini segmen dari blog Mr. Umar Faruq..


Apa saja yang menarik untuk promosikan belog korie?


  • Belog korie baru decorate baru.. Konsep : Simple dan Stylo.. rsanya lebih kurang mcm belog Mr. Faruq ni jugak tapi mine lain sikit.. apa lain? meh jenguk.
  • Berat blog : 120.21 kb.. Load time: 1.08 second. Average speed: 0.01 Seconds so memang agak  ringan la blog ni.. so korang xpayah risau masalah loading dan tahap kesebaran yang minimun.
  • Korie seorang Pelajar Kolej.. So banyak liku-liku kehidupan yang dicatat dalam blog ni.  
  • Gaya penulisan Korie adalah bersahaja.. xda skema-skema.. sempoi jea.

Banyak lagi yang menarik tentang belog korie kalau korang terjah blog ni.. X rugi pun.. Korang terjah belog korie.. korie terjah blog korang balik.. boley?.. Just nak kenal-kenal jea..
Salam Perkenalan.


Segmen : Apa Kata Depa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korie Join segmen lagi.. Jom buat cerita berdasarkan gambar ni..Klik gambar untuk pergi ke blog penganjur...Oke^^

Tugasan:
Buat satu cerita mengenai gambar di atas mengikut kreativiti anda..nak buat dialog atau apa sekali pun terpulang pada anda..

  • Sedang sibuk pasangan sejoli ini yang tengah menjamah pemandangan yang cantik di sebuah taman berdekatan  tiba-tiba telefon bimbit si gadis bernyayi lagu 'Oh lela lela.. oh lela oh lelala.. '' agaknya ada la dalam 10 saat bunyi itu berlangsung.. Si gadis hanya memerhatikan sahaja.. tanpa mengangkatnya.. Si Ben yang menemaninya itu pun berasa pelik binti hairan.. dia pun bertanya

............
Ben : B why u x angkat panggilan tadi tu?.. U risaukan I kea?.. U takut I marah sebab xberi perhatian sepenuhnya dekat U.. Xpea.. I xmarah pown..
...............
Si Gadis Yang Manja : Bukan.. I xnak  angkat panggilan tu.. sebab pemanggil tu xpenting pun.. malas la I nak layan.. Baik I layan ben kesayangan I ni jea
............
Ben : Oh.. Ok la kalau mcm tue.. Sayang jugak U dekat I ek.. Hehe.. Ini yang buat I sayang kat U ketat-ketat ni..^^
.............
Si Gadis Yang Manja : Nak Ketat-ketat ke kat sini?.. 'oish'
............
Ben : Apa Maksud U ni?.. 
............
Si Gadis Yang Manja : La U ni.. buat-buat tak faham plak..  Meh sini I nak rapat-rapat dengan U.. U jauh sangat tu.. kan kan... kan
.............
Ben : Ish.. U ni. janganlah buat macam ni dekat I.. Nanti I buat benda bukan-bukan baru tahu... dgn nada yangagak 'beraxx'
...........
Si Gadis Yang Manja : Alaa.. xpeala awak.. saya xkisah pun.. Saya kan Milik awak sepenuhnya.. 
............
Ben : But B agak-agak laa..Hari ni hari jumaat.. Xsopan la orang pandang.. Kita ada dekat taman yang dipenuhi orang la B.. U sabar ek.. Kat rumah kan free jea.. ^^ I boleh buat lebih dari Seth Tan dalam drama Nora Elena yang U minat sangat-sangat tu.. oke.. yea sayang..

Bla. blaaa.. blaa.. blaaa...

Tetiba... Telefon bimbit si gadis berdering lagi.. Kali Ini hanya 5 saat sahaja.. Si gadis terus stop panggilan itu selepas tengok nama pemanggil.. ' muka dah mcm cuak jea'

Ben mengesyaki sesuatu.. sebab firasatnya tinggi terhadap gadis itu tinggi.. lalu ben pun bersuara..

...............
Ben : Kenapa xangkat panggilan tu B?. Bak sini telefon tu!.. Selama ni U xpernah buat mcm ni.. Meh I nak tengok siapa si pemanggilnya..


Ben terus merampas Telefon si gadis... si gadis.. mati-mati xnak bagi... tapi apa kan daya kudrat si gadis hendak melawan fizikal Ben yang Tough itu.. lalu.. telefon si gadis berjaya diambil oleh Si Ben..

Dengan Muka yang xpuas hati.. Ben yang membelakangi Si Gadis terus check nama pemanggil tadi..

.......................
Nama Pemanggil  : Seth Tan

.............................

Ben tidak mengenali siapa 'seth tan' lalu dia pun bertanya kepada si gadis.. 

..............
Ben : Siapa Seth Tan? I tahu semua kawan U tapi yang ni I tak kenal.. Siapa ni? 'dengan nada yang agak cemburu'
..................
Si Gadis Yang Manja : Itu bos baru I la B.
.............
Ben : Tipu!! I ingat semua nama Bos U oke!.. Dari First tempat kerja sampai tempat kerja yang sekarang.. Nama diorang adalah Jozan, Sepah,Nabil dan yang akhir adalah Jambu. Betul kan?!Habis Seth Tan ni siapa U?..
............
Si Gadis Yang Manja : Betul la U ni Bos baru I.. I dah tukar tempat kerja.. I sebenarnya nak rahsiakan benda ni dari U sebab .............
.................
Ben : Ah! I xpercaya.. 

Lalu Ben terus telefon Seth Tan dengan menggunakan telefon Si gadis..

tutt... tuuttt.. tuutt

Deringan yang keempat. stop.. kedengaran.. Si penjawab menjerit begini 
Hey Sofie! I Telefon U dari tadi lagi.. kenapa U xangkat! U tahu I ada masalah kat pejabat ni.. Fail yang U letak dekat meja I semalam dah xda.. mana dia?.. Urgent ni Sofie.. Tuan Pengarah dah nak sampai tu.. Sofie yang datang pejabat cepat.. tolong I.. Ok? Sorry coz ganggu cuti U.. I ada hal ni.. Kita Talk dekat Pejabat ok.. Bye.

..........
Panggilan diputuskan..

.............
Ben : Tercengang sebentar..
..........
Si Gadis Yang Manja : So mcm mana sekrang.. dah puas hati?.. I tahu I kena balik pejabat sekarang.. I dengar apa yang dia cakap tadi.. betul kan?
.............
Ben : A'ah.. Bos U cakap Urgent! dia suruh U pergi sekarang... dengan muka yang selamba..
.............
Si Gadis Yang Manja : Ha itulah U. I tahu punya kalau dia yang telefon I mesti kena ke pejabat.. So sebab tue la I xnak jawab panggilan dia.. Sebab I rahsiakan dengan U ni sebab I takut U marah I sebab tukar tempat kerja lagi...
..........
Ben : Macam I xkenal U.. Memang U ni susah nak kekal dengan tempat kerja.. Senang-senang kerja dengan I jeala.. Jaga makan minum I di rumah..
...........
Si Gadis Yang Manja : La.. dah sebulan I jaga makan minum U la sayang.. Kita dah kahwin.. U ni saja tau..
........
Ben : Maksud I lebih dari tu.. Kalau U duduk rumah.. U xla penat sangat.. Bila I balik kerja U boleh layan I seperti Isteri yang betul-betul isteri.. Nie x.. U kerja I pun kerja.. Sama-sama penat.. Kadang-kadang sampai xbertegur sapa sebab masing-masing sibuk kerja.. Hope U faham I
.......
Si Gadis Yang Manja : I faham.. Nanti kita bincang di rumah yea sayang.. I nak pergi tolong bos I seth Tan tu.. Ok.. 
.............
Ben : Ok sayang.. jaga diri Ok.. I tunggu U di rumah.. jangan balik lambat ye sayang.. 
.............
Si Gadis yang Manja : Terus disalamnya tangan si suami.. 

Ben sempat lagi beri ciuman di dahi si gadis.. menandakan yang dia betul-betul  sayangkan gadis ini dan mahu menjaga keselamatan gadis ini..

............................

The End

Suka tak?.. Hahah.. Hope suka..
Hope sangat Jozan Juara Maharaja Lawak malam ni.. 

Nama pelakon hanya rekaan semata-mata.. tiada kena mengena dengan blogger^^





Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !